Saturday, December 26, 2009

Alhamdulillah

Saturday, December 12, 2009

Save The Date 13 December 2009

wedding countdown

Tuesday, November 10, 2009

Pameran Pengantin Malaysia 2009 @PWTC

Yeah.. marilah wahai bakal-bakal pengantin, kita beramai-ramai memenuhkan PWTC. Aku kalau nak pergi macam dah terlambat je. Lagipun banyak hal lain yang perlu disiapkan. Sebulan 2 hari je lagi. Ngerinya... Nampaknye aku memang takde rezki nak pegi pameran pengantin sebelum kawen. Isk!

Sunday, November 1, 2009

Sangat Letih


Yeah. Skang ni aku rasa macam nak cuti sebulan untuk buat preparation majlis aku nanti. Penat la rushing ke sana-sini after office hour. KL - Nilai - Klang - Jalan Pudu - Puchong - Jalan TAR - Midvalley - PJ. Pheww..

Lately, aku balik rumah untuk tidur je. Takde masa nak buat benda lain. Dengan keje yang melambak kat office, problem itu ini yang memerlukan komitmen yang tinggi, assistant yang boleh buat aku darah tinggi. Arghh.. sangat letih!

Friday, October 30, 2009

44 Days To Go

Ada lebih kurang 44 hari lagi untuk aku membuat persediaan. So far almost 70% dah settle. Memang sangat² puas hati. Tapi tetap rasa cuak sebab baju kahwin belum ada lagi. Sengal kan? huhuhu.

Last month aku dah booked 2 baju untuk majlis nikah dan bertandang kat RINS. Unfortunately, siang tadi orang butik RINS call suruh aku datang butik, nak amik ukuran sebab baju bertandang yang aku booked tu dah hilang. Ada orang pinjam tapi tak pulangkan, then tak dapat nak dihubungi. Isk! Eh, aku patut hepi sebenarnya sebab dapat pakai baju baru. heheh. Baju sanding kat pihak aku belum dapat lagi. Aduhaiii...cuaknya!

Dah dua hari berturut-turut aku dan Encik Tunang shopping barang hantaran kat Midvalley. Semalam beli jam aku, jam dia dan kasut dia. Tadi beli wallet & belt dia dan kasut aku lagi.. Ye, kasut lagi. Sebab Encik Tunang tidak puas hati dengan
kasut yang aku pilih aritu. Aku tak kisah je. Lagi mahal lagi aku suka. huhuhu. Barang hantaran yang belum complete lagi, baju melayu untuk Encik Tunang.

Owh, nanti kalau ada masa aku share citer aku shopping barang kawen kat Nilai 3.




Thursday, October 29, 2009

Panduan untuk Bakal Pengantin

Okla.. aku teringin nak share info kat semua orang berdasarkan pengalaman aku sebagai bakal pengantin.


1. Kursus Kahwin

Aritu aku amik kursus kat Zura's Akademik, Bangsar. Tempat tu ok and recommended. Bukan sebab tempat tu pilihan artis² tapi sebab kat tempat tu memang bagus. Diorang akan explain procedure nak nikah dari A sampai Z untuk semua negeri. Nanti kalau rajin aku taip satu² dalam blog ni.

  • Kursus kahwin adalah valid untuk seumur hidup.
  • Boleh hadiri kursus di mana-mana negeri.

2. Test HIV
Lepas cuti raya aritu, barulah aku dan tunang kalut nak buat test HIV. Aku plan nak buat kat klinik yang dekat dengan ofis aku. Tapi hampa. Appointment paling awal, seminggu lagi. So aku terpaksa call klinik kesihatan lain kat area KL:

Jabatan Kesihatan DBKL 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
- nombor tiada dalam perkhidmatan

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 03 26155752
- aku tak call sebab sure ramai yang pergi sini.

Klinik Kesihatan Putrajaya 03 88883057
- tak call

Poliklinik Komuniti Tanglin 03 26983311
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Cheras 03 91304583
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah.

Klinik Kesihatan Cheras Baru 03 42946114
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah. lupa..

Klinik Kesihatan Batu 03 62573355
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia 03 77829355
- walk in. tak payah appointment

Klinik Kesihatan Dato Keramat 03 42573333
- tak angkat fon

Klinik Kesihatan Kampung Pandan 03 92810272
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang yang stay Kg Pandan je yang boleh buat test kat klinik tu.

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar 03 22881071
- appointment paling awal lagi seminggu

Klinik Kesihatan Jinjang 03 62583355
- tak call

Klinik Kesihatan Setapak 03 41425429
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang Setapak je yang boleh buat test kat situ.

Klinik Kesihatan Sentul 03 40427557
- tak call

Klinik Kesihatan Sungai Besi 03 90585464
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak 03 91713333
- walk in appointment. Tru fon diorang taknak terima.

Akhirnya, aku dan tunang walk-in kat Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Jalan Klang Lama. Klinik tu ok, cuma lambat sikit la sebab kitorang kena tunggu turn sekali dengan pesakit² luar. Tak kisah la tu. Janji tak payah nak tunggu appointment berminggu-minggu. Keputusan keluar dalam masa setengah jam. Owh, jangan risau. Injection tu rasa macam kena gigit semut je. ;)

  • Test HIV valid untuk 6 bulan sahaja.
  • Negeri yang wajib Test HIV: KL, Selangor, N. Sembilan, Kelantan, Melaka, Pahang, Johor, P.Pinang, Perak, Terengganu, Perlis.
  • Negeri tidak perlu Test HIV: Kedah, Sabah, Sarawak, Brunei.


3. Permohonan Kebenaran Kahwin
Lelaki
Tunang aku orang Johor tapi dia kerja dan bermastautin kat KL. So, dia ada option untuk ambil borang kat Pejabat Agama Johor dan ikut prosedur Johor ATAU ambil borang kat JAWI dan ikut prosedur KL.

Untuk memudahkan urusan, dia ambil borang kat JAWI. Tak payah pergi JAWI pun takpe. Borang boleh download dari website JAWI. Lepas dia isi borang kebenaran nikah. dia perlu dapatkan pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu/Imam masjid kat tempat tinggal dia. Then dia kena hantar borang tu kat JAWI bersama-sama dengan dokumen berikut:
  1. Sijil Kursus Kahwin
  2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
  3. Salinan IC pemohon dan pasangan
  4. Borang mastautin
  5. Keputusan Test HIV
KL tak perlu bawa saksi borang, sama macam N. Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang dan Sarawak. Selain dari negeri² tersebut, kena bawak 2 orang saksi masa hantar borang. Make sure bawak sekali salinan IC saksi² tersebut.

Masa hantar borang, kena bayar RM5. Lepas tu lebih kurang sejam, JAWI bagi Surat Kebenaran Nikah untuk diserahkan kepada pihak perempuan.

Perempuan
Aku asal Sabak Bernam dan nak nikah kat Sabak Bernam. So, aku ambil borang JAIS. Ambil kat Pejabat Agama pun boleh, nak download dari website JAIS pun boleh. Aku download je.

Kat Selangor ada 2 borang yang kena isi, borang 2C dan 2D. Dah siap isi borang, aku kena hantar borang² tu ke rumah Imam Jurunikah qariah kampung aku. Kalau nak tau sapa Imam Jurunikah, kena la call Pejabat Agama Daerah. Sebab lain qariah, lain Imam Jurunikahnya. Aku bawak sekali segala dokumen yang perlu:
  1. Sijil Kursus Kahwin
  2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
  3. Salinan IC pemohon dan wali
  4. Surat Kebenaran Nikah Lelaki
  5. Keputusan Test HIV
  6. Salinan IC 2 orang saksi (Selangor perlu bawak saksi)
  7. Sijil Nikah IbuBapa - actually aku tak payah bawak sebab aku anak ke-4. Yang wajib bawak sijil nikah cuma untuk anak sulung je. Tapi kalau kat KL(JAWI), semua pemohon perempuan tak kira anak ke berapa memang wajib.

Aku, wali (bapak aku) dan 2 orang saksi kena sign borang depan Imam Jurunikah. Oleh sebab bapak aku nak Imam tu yang nikahkan, so bapak aku berwakalah (buat penyerahan) terus.

Dah dapat pengesahan dan kebenaran dari Imam, aku kena hantar borang yang dah di cop tu ke pejabat agama daerah. Kat sana aku kena bayar RM5 untuk proses. Then tunggu dalam sejam, dapatla surat kebenaran nikah untuk diserahkan kepada Imam Jurunikah. Settle!

  • Surat Kebenaran Kahwin valid selama: KL - 3 bulan, Selangor - 3 bulan, N. Sembilan - 3 bulan, Kelantan - 3 bulan, Melaka - 3 bulan, Pahang - 1 bulan, Johor - 3 bulan, P.Pinang - 3 bulan, Perak - 3 bulan, Terengganu - 3 bulan, Perlis - 3 bulan, Kedah - 1 bulan, Sabah - 1 bulan, Sarawak - 1 bulan, Brunei - 1 bulan.
    (Contoh: Kalau tarikh akad nikah 01/12/2009, orang KL boleh mula hantar borang kebenaran nikah mulai 01/09/2009. Tapi kalau orang Kedah, dia hanya boleh mula hantar borang pada 01/11/2009. Tak boleh hantar awal dari tempoh yang ditetapkan. Incase kalau postpone tarikh nikah pun, kalau lebih dari tempoh yang ditetapkan, pemohon kena isi borang semula.)

4. Tunggu masa untuk akad nikah. :)
Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.





Tuesday, September 15, 2009

Misi Pencarian Barang Kawen

Pencarian barang untuk kawen semakin giat dijalankan. Siang tadi aku dah call si penjual barang doorgift itu. Dah dapat quotation cuma belum decide nak order yang mane satu & berapa banyak. Darling pun setuju doorgift yang aku suggest itu. Kira confirm la nak order yang itu sebagai doorgift sebab harga masih dalam lingkungan bajet.

Balik keje tadi ke Midvalley lagi. Dari pukul 6 ptg sampai pukul 9.30 malam aku melayan Darling beli baju raya. Dapatla berehat kejap untuk berbuka puasa kat Secret Recipe. huhuhu. Hasilnya 2 helai kemeja, 2 helai tshirt & sehelai slack raya untuk dia. Untuk aku? Yillek!

Masa turun escalator nak balik tu aku sempat tarik dia ke butik S3mb0nia. Yeah, akhirnya aku berjaya memujuk dia untuk beli handbag & kasut hantaran untuk aku. Syiok! ^_^

Erm, rasanya itu barang kawen terakhir yang dibeli sebelum raya. Lelain barang akan dibeli lepas raya nanti. Owh tidak.. sebelum raya dah pokai camane nak survive lepas raya nanti? huhuh. Raya..kawen..raya..kawen. Owh my!


Wednesday, September 9, 2009

Perfume dan Bedsheet

Wow.. arini 090909. Kalau kawen tarikh ni sure best. heheh. Tapi ada ke orang nikah di bulan puasa ni? Erm...


Paul Smith yang aku dapat masa tunang

Semalam sebelum berbuka puasa, aku dan Encik Tunang jalan² kat Jusco Midvalley survey kasut dan handbag. But then tersangkut kat perfume department. Salesman (ke salesgirl eh? :p) dah berjaya mempengaruhi kitorang berdua. Paul Smith - Ferragamo - JLo. Akhirnya kami memilih Paul Smith untuk Encik Tunang dan JLo untuk aku. heheh. Syoknye dapat perfume lagi. ^_^


Paul Smith Story & Extreme for my fiance

JLo Deseo Forever for me


Lepas berbuka, solat kat surau Jusco tingkat 3 tu. Lepas solat skali sudah terpandang dan terjatuh chenta dengan bedsheet set warna gold Hush Puppies. Zasss.. terus je beli. Kesian kat Darling. Baju raya dia tak dapat lagi tapi duit dah abis untuk barang kawen.

Skang ni mood nak kawen telah mengatasi mood nak raya. :p


Sunday, September 6, 2009

3 Months and 6 Days

Hari ni genap 3 bulan 6 hari aku bertunang dan lagi 3 bulan 6 hari aku akan bernikah. Rasa macam cepat je masa berlalu.

Untuk majlis perkahwinan aku nanti, of kos aku akan cuma berjimat selagi boleh. Aku tak suka la nak membazir tak tentu hala semata² untuk majlis aku tu nanti sebab aku bukan banyak duit pun. Berjimat tak semestinya majlis jadi tak best. Kalau pandai plan, insyaAllah majlis akan nampak grand. Ah, aku takde la nak grand sangat pun sebab aku bukan anak orang kaya. Janji nampak cam cun, kira ok la tu.

Macam majlis pertunangan aku aritu, kos semua sekali lebih kurang RM 3k sahaja. Dari kos set bilik, baju, barang hantaran, hiasan dulang dan hiasan bilik (sebab aku sarung cincin dalam bilik). Jamuan makan tak masuk bajet sebab semua sponsored by mak bapak + abang ipar aku.

1. Set bilik tidur
Aku beli set yang murah je sebab Encik A kata set bilik tidur tu nak tinggal je kat kampung lepas kawen nanti. Kalau nak angkut ke KL, of kos nak beli yang mahal & kukuh sikit. Katil + meja solek + almari baju RM 750 sahaja. Tilam aku guna tilam kawen akak aku. Aritu set bilik akak aku angkut gi KL. Tapi dia tinggalkan tilam dengan almari baju. Aku ingat kawen nanti kena beli tilam lain kot. Sebab tilam tu dah tak best sangat. Almaklum dah 10 taun.



2. Baju tunang
Percaya atau tidak set baju tunang, veil, kasut & cekak spider aku aritu aku sewa dengan harga RM150 sahaja. Sangat murah okeh! Aku sewa dari Butik RINS. Diorang kata baju tu murah sebab baju lama. Walaupun baju lama pada aku baju tu still nampak lawa. Kalau nak compare kos buat baju sendiri, harga kain + upah jahit takkan dapat dengan harga RM150. Belum masuk veil + cekak spider (or tiara) lagi. Ah, baju tu nak pakai sekali je pun. Sayang je nak membazir duit. Erm, lagi satu kalau nak sewa baju kat butik, please make sure baju tu tak over sangat. Takut nanti pecah kepala nak carik baju yang lagi lawa masa kawen nanti. heheh.

3. Barang hantaran
Oleh sebab Encik A tak berkira bab beli barang untuk aku, so aku pun segan la nak berjimat (kedekut) sangat bab beli barang untuk dia. Tapi takde mahal mane pun, sekadar yang aku mampu jela. Takde la sampai aku nak kena bergolok gadai.


Sirih junjung


Kain pasang untuk nikah


Sampin songket dan songkok


Kemeja + slack + tie


Coklet & cookies


Buah-buahan


Dodol


Tart


Cupcakes


Takat ni untuk kawen, baru je beli kemeja & tie untuk Encik Tunang. Yang lain, tak bli lagi. Aiyokk.. camane nak kawen nih!


Saturday, September 5, 2009

Yellow Gold and White Silver

Yeah, aku dah jumpa warna tema yang aku idamkan. Yellow Gold & White Silver. (^_^)

Credit to Adnan Hassan

Credit to Adnan Hassan

Credit to Adnan Hassan

Credit to Mr Firdauz


Barang hantaran mungkin begini. heheh.





*Images from Google.Com

Wednesday, September 2, 2009

Surveying Part II

Last weekend, aku balik kampung Encik Tunang. Itupun atas permintaan bakal mak mertua (MIL). Ikutkan hati malas nak ke mana² sebab 2 minggu ni ada training kat Jln Semarak. Balik dari training je dah letih. So, cuti 3 ari tu ingatkan nak bermalasan je kat umah. Tapi bakal MIL yang ajak, takkan aku nk tolak kan?

Petang Ahad tu Encik Tunang bawak pegi jalan² kat Ayer Hitam. Syiok! Aku tengok bakal MIL pun excited tengok barang² kawen. Siap demand tu nak yang camtu n camni.heheh. Aku layankan saja. Asalkan dia puas ati tengok anak lelaki bongsu dia kawen nanti.

Owh ini sebenarnya Survey Part II coz sebelum puasa aritu aku & Encik Tunang ada survey barang² kat Jalan TAR. Aku dah jatuh chenta dengan 1 bunga pahar & design hantaran yang memang kena dengan tema aku. Tapi bila Survey Part II ni, aku dah berkenan kat design hantaran lain pulak. Haih. Aku risau kalau makin banyak aku gi survey, makin konfius aku nak memilih.

Aktiviti membeli-memborong akan hanya bermula selepas cuti raya. Gila kan? Orang lain dah 50% buat preparation. Kitorang masih rileks² lagi.


Tuesday, August 4, 2009

The Date

Ekceli tarikh dah diputuskan kat butik pengantin masa nak booking pelamin dan mekap. Kebetulan aku balik kampung dengan Encik Tunang, so aku amik kesempatan pergi butik pengantin yang aku amik mekap masa tunang aritu. Aku suka mekap dan mak andam tu. So aku cepat² booking dia sebelum 'dikebas' orang. Almaklum, bulan 12 kan ramai gila orang nak kawen.

InsyaAllah kalau takde aral melintang, aku akan dinikahkan dengan Encik Tunang pada tanggal 12/12/2009 (Sabtu) dan diraikan pada 13/12/2009 (Ahad) . Majlis sambut menantu pulak pada 26/12/2009 (Sabtu).

Ahad tengahari tu aku pergi pekan dengan Encik Tunang, mak dan adik bongsu. Memang plan nak pegi butik tu then nak bawak mak aku shopping baju raya sebenarnya. Then masa nak booking mekap tu rasa macam nak booking pelamin skali. Baju tak amik sebab aku plan nak amik baju butik kat KL. Masa owner butik tu tanya tarikh tu la kitorang baru sibuk² diskas tarikh. Terus call akak² aku. Diorang tak kesah & mak bapak aku pun setuju 2 week of December tu, so kira konfem la tarikh tu.


Muka tanpa mekap


Muka after mekap

Lega sket rasa bila dah booking pelamin & mekap. Atleast ada la major thing yang aku dah buat. Risau jugak sebenarnya bila baca blog orang lain yang nak kawen bulan 12. Diorang dari awal tahun dah prepare. Aku ni takde progress pun. Semua benda last minute. Tunang aritu decide tarikh tunang 2 bulan sebelum. Kawen ni pulak ada masa lebih kurang 4 bulan sebelum. Aduhai risaunya... Doakan aku kawan².


Thursday, July 16, 2009

Upcoming Event

Level 3, Hall 2 & 3,
Mid Valley Exhibition Hall
7 - 9 August 2009
11 am - 9 pm


Kepada bakal² pengantin, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Time ni la nak dapatkan pakej yang best². "Banyak gila offer yang best² dan murah². Rugi kalau tak pegi" kata kawan aku yg pegi event ni last year kat midvalley. Aku sangat teruja nak pergi. Tapi apakan daya, 7-9 Ogos tu aku ada Team Building kat Lumut, Perak. Kalau sempat, aku akan cuba gagahkan diri pegi gak malam 9hb tu. Chaiyokkk!



Tuesday, June 30, 2009

New Update

Takat hari ni, masih belum ada lagi tarikh rasmi. Preparation 0.001%. Last weekend cuma beli kemeja dan tali leher untuk Encik Tunang. Perbincangan untuk kawin cuma cakap² mulut je. Antaranya:

1. Kain pasang baju nikah

Sebenarnya awal² aritu aku plan memang taknak buat baju tunang atau baju nikah. Semuanya nak sewa je. Sebab kos beli kain dan upah jahit baju tersangatlah mahal kat kl ni. Kat kampung pulak, aku tak konfiden sangat dengan tailor yang ada. Takut jahanam kain mahal aku. ekekek. Yela kan, takkan la aku nk guna kain semeter RM2.50 kot.

Setengah orang nak buat baju tunang dan/atau baju nikah sebab nak ada kenangan. Tapi aku ni jenis tak kisah sangat tu semua. Janji ada baju cun yang aku boleh pakai, aku ok je. Kain pasang untuk nikah aritu kitorang beli atas permintaan emak Encik Tunang. Tapi tengoklah camana. Tadi ofismet aku kata dia ada jumpa satu tailor yang murah dan cantik jahitannya. Nanti aku nak try survey.

2. Majlis nikah & lokasi.
InsyaAllah majlis akad nikah nanti kitorang plan buat kat surau kampung aku sehari sebelum hari kenduri. Kalau tak petang, maybe malam sebelum tu. Taknaklah kalut² akad nikah pagi kenduri tu. Nanti for sure kelam-kabut dengan mekapnya, nak tukar bajunya. Pengantin lelaki pulak nak kena lari² balik ke rumah persinggahan tukar baju then datang balik. Lagipun nanti tak puas pakai baju nikah yang cun tu. Tak kisahlah baju sendiri ke baju sewa ke, kan?

3. Lagi ape eh??
Erm..nanti la update lagi.

Tuesday, June 23, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

Weekend lepas aku ajak Encik Tunang pegi Ampang Point sebab ada Pameran Pengantin kat sana. Saja la nak survey ape² yang patut. Hasilnya kitorang dapat banyak flyers; kad kawin, photographer, catering, wedding planner, butik dan slimming center. Tapi yang betul² menarik perhatian kitorang cuma kad kawin je.

Poster Pameran Pengantin

Encik Tunang dah berkenan kat satu design kad tu. Kad tu mirip (tapi aku syak 'memang') kulit buku tulis sekolah yang kaler coklet tu. Aku tak minat sebab terlalu nipis dan kalernya menampakkan kad tu serabut. Tapi kalau tunang aku nak jugak kad tu biarla dia order untuk belah dia. Untuk belah aku of kos kena menepati citarasa aku ye tak?

Catering rasanya kitorang tak perlukan. Gila jauh nak amik catering kat KL. Wedding planner plak, kitorang takde bajet untuk itu. Semuanya nanti akan dibuat sendirian berhad dengan bantuan adik beradik. Butik pulak maybe aku nak amik baju dari Butik RINS. Aku dah jatuh cinta dengan baju² RINS since first time datang butik tu nak sewa baju untuk tunang aritu. Tapi tarikh belum ada so tak booking ape² lagi.

Baju pertunanganku

Sebelum pegi Ampang Point, kitorang singgah kat KK Home Deco, Ampang. Terujanya aku tengok barang² kat situ. Paling aku suka seramik² English Style. Aku dah berangan kalau ada rumah sendri nanti aku nak borong barang kat situ. Semua barang 1 design tu je. Eiii... bestnya. Tapi aku betulkan balik hajat asal aku, nak survey door gift. Ada 2-3 barang yang aku berkenan tapi tak padan dengan warna tema aku nanti. Aku plan nak tema kaler kuning/gold. Tapi barang² tu kaler putih belaka. Tengok la nanti camane. Kalau takde barang lain yang aku berkenan aku beli la jugak kot nanti.

Aku dari dulu lagi tak berkenan dengan doorgift yang tak boleh guna. Kadang door gift tu memang comel, memang kiut tapi si tetamu tu tatau nak buat ape dengan door gift tu. Simpan², lelama buang. Aku prefer benda yang tetamu boleh guna contohnya kipas, bakul mengkuang, purse, kotak jerami, bekas seramik, coin purse.

Coin purse from Creative Fingers

Aku plan nak bagi kipas cendana letak dalam paper bag yang kurus tinggi tu untuk kawan². Aritu kakak aku beli kipas tu untuk sirih junjung kat Selayang, RM1 je. Itu beli satu. Kalau beli banyak maybe boleh dapat lagi murah. Untuk rombongan lelaki aku tak sure lagi nak bagi apa. Maybe kipas jugak kot then ada additional doorgift, coin purse ke. Tetamu yang lain dah dapat 'berkat' isi nasik + lauk + kueh + telur/gula², so aku tak payah fikir lagi dah. Budak² kasik coklet je kot. Ekceli aku tengah mencari doogift yang lelaki boleh guna, kalau ada. Sebab macam kipas, purse tu semua kan keperempuanan. Tapi ape eh?

Sirih junjung kipas cendana

Telur aku plan nak bungkus then bentuk macam gula². Simple dan jimat kos. Tapi aritu mak aku cakap nak kena bagi gak bunga telur untuk sedara-mara. Bunga telur tu aku akan beli jugak cuma tak banyak sangat la kot. Aku bukan ape sebab aku sendiri bila dapat bunga telur, aku takkan simpan lama. Yela kan nak simpan buat ape. Takkan nak kumpul banyak² pastu guna untuk majlis aku. Oh....tidakkk! Dengan bunga telur yang pelbagai jenis tu, akan nampak pelikla pelamin aku nanti.

Nanti bila² free aku nak ajak Encik Tunang survey barang kat Nilai 3 or kat Ayer Hitam pulak. heheh.


.

Wednesday, June 17, 2009

Checklist

Checklist ni aku dapat dari Lady Noe. Bagus untuk orang yang baru nak start prepare macam aku. Walaupun tarikh masih belum diputuskan lagi tapi aku rasa tak salah kalau aku nak start mana² yang boleh.

Checklist untuk pengantin lelaki dan perempuan:

•Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
Alhamdulillah. Kami berdua dah selamat berkursus walaupun secara berasingan. Eh, tapi sijil kursus aku masih belum ambil lagi kat Bangsar.

•Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
Erm, masih terlalu awal lagi kot kalau nak tempah tok kadi. Dah ada tarikh rasmi nanti baru tempah.

•Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
Kemungkinan besar ambil kawan aku atau kawan Encik A atau kedua²nya sekali. Tapi bab lokasi outdoor Encik A dah siap plan nak buat kat mana. heheh.

•Membeli cincin kahwin.
Last weekend aku ada ajak tengok sales kat Poh Kong & Habib. Tapi Encik A kata tak payah survey. Sebab kakak ipar dia, Kak La nak sponsor lagi. Alhamdulillah.

•Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
Abang ipar aku offer nak sponsor catering (dan khemah). Tapi maybe bukan 100% catering, ada jugak nak masak sendiri 2-3 jenis macam majlis tunang aku aritu. Bab ni aku serah 100% pada mak bapak & abang ipar aku. Aku mengikut je.

•Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
InsyaAllah aku akan jemput semua kawan² aku dan orang² yang aku kenal. Maybe akan start collect address diorang 2-3 bulan sebelum majlis.

•Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ
Majlis aku tak ada muzik. Kompang pun mungkin tak ada.

•Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
Tengok keadaan. So far belum ada dalam perancangan aku. Honestly seumur hidup aku tak penah buat rawatan ape² kat salun or etc.

•Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.
Yang ni aku kena konfem balik dengan Encik A. Aritu dia plan nak honeymoon 2 tempat. Lepas kenduri belah aku, gi honeymoon Pulau Pangkor. Lepas kenduri belah dia, honeymoon ke ... erk, aku lupa la ke mana.


.
 

©2009 Gaun Putih | by TNB