Friday, October 30, 2009

44 Days To Go

Ada lebih kurang 44 hari lagi untuk aku membuat persediaan. So far almost 70% dah settle. Memang sangat² puas hati. Tapi tetap rasa cuak sebab baju kahwin belum ada lagi. Sengal kan? huhuhu.

Last month aku dah booked 2 baju untuk majlis nikah dan bertandang kat RINS. Unfortunately, siang tadi orang butik RINS call suruh aku datang butik, nak amik ukuran sebab baju bertandang yang aku booked tu dah hilang. Ada orang pinjam tapi tak pulangkan, then tak dapat nak dihubungi. Isk! Eh, aku patut hepi sebenarnya sebab dapat pakai baju baru. heheh. Baju sanding kat pihak aku belum dapat lagi. Aduhaiii...cuaknya!

Dah dua hari berturut-turut aku dan Encik Tunang shopping barang hantaran kat Midvalley. Semalam beli jam aku, jam dia dan kasut dia. Tadi beli wallet & belt dia dan kasut aku lagi.. Ye, kasut lagi. Sebab Encik Tunang tidak puas hati dengan
kasut yang aku pilih aritu. Aku tak kisah je. Lagi mahal lagi aku suka. huhuhu. Barang hantaran yang belum complete lagi, baju melayu untuk Encik Tunang.

Owh, nanti kalau ada masa aku share citer aku shopping barang kawen kat Nilai 3.




Thursday, October 29, 2009

Panduan untuk Bakal Pengantin

Okla.. aku teringin nak share info kat semua orang berdasarkan pengalaman aku sebagai bakal pengantin.


1. Kursus Kahwin

Aritu aku amik kursus kat Zura's Akademik, Bangsar. Tempat tu ok and recommended. Bukan sebab tempat tu pilihan artis² tapi sebab kat tempat tu memang bagus. Diorang akan explain procedure nak nikah dari A sampai Z untuk semua negeri. Nanti kalau rajin aku taip satu² dalam blog ni.

  • Kursus kahwin adalah valid untuk seumur hidup.
  • Boleh hadiri kursus di mana-mana negeri.

2. Test HIV
Lepas cuti raya aritu, barulah aku dan tunang kalut nak buat test HIV. Aku plan nak buat kat klinik yang dekat dengan ofis aku. Tapi hampa. Appointment paling awal, seminggu lagi. So aku terpaksa call klinik kesihatan lain kat area KL:

Jabatan Kesihatan DBKL 03 92845166 * (Hari Rabu Sahaja)
- nombor tiada dalam perkhidmatan

Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 03 26155752
- aku tak call sebab sure ramai yang pergi sini.

Klinik Kesihatan Putrajaya 03 88883057
- tak call

Poliklinik Komuniti Tanglin 03 26983311
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Cheras 03 91304583
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah.

Klinik Kesihatan Cheras Baru 03 42946114
- tak angkat fon ke tak dapat nak call ntah. lupa..

Klinik Kesihatan Batu 03 62573355
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Petaling Bahagia 03 77829355
- walk in. tak payah appointment

Klinik Kesihatan Dato Keramat 03 42573333
- tak angkat fon

Klinik Kesihatan Kampung Pandan 03 92810272
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang yang stay Kg Pandan je yang boleh buat test kat klinik tu.

Klinik Kesihatan Pantai, Bangsar 03 22881071
- appointment paling awal lagi seminggu

Klinik Kesihatan Jinjang 03 62583355
- tak call

Klinik Kesihatan Setapak 03 41425429
- ikut kawasan tempat tinggal. Orang Setapak je yang boleh buat test kat situ.

Klinik Kesihatan Sentul 03 40427557
- tak call

Klinik Kesihatan Sungai Besi 03 90585464
- appointment paling awal lagi 2 minggu

Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak 03 91713333
- walk in appointment. Tru fon diorang taknak terima.

Akhirnya, aku dan tunang walk-in kat Klinik Kesihatan Petaling Bahagia, Jalan Klang Lama. Klinik tu ok, cuma lambat sikit la sebab kitorang kena tunggu turn sekali dengan pesakit² luar. Tak kisah la tu. Janji tak payah nak tunggu appointment berminggu-minggu. Keputusan keluar dalam masa setengah jam. Owh, jangan risau. Injection tu rasa macam kena gigit semut je. ;)

  • Test HIV valid untuk 6 bulan sahaja.
  • Negeri yang wajib Test HIV: KL, Selangor, N. Sembilan, Kelantan, Melaka, Pahang, Johor, P.Pinang, Perak, Terengganu, Perlis.
  • Negeri tidak perlu Test HIV: Kedah, Sabah, Sarawak, Brunei.


3. Permohonan Kebenaran Kahwin
Lelaki
Tunang aku orang Johor tapi dia kerja dan bermastautin kat KL. So, dia ada option untuk ambil borang kat Pejabat Agama Johor dan ikut prosedur Johor ATAU ambil borang kat JAWI dan ikut prosedur KL.

Untuk memudahkan urusan, dia ambil borang kat JAWI. Tak payah pergi JAWI pun takpe. Borang boleh download dari website JAWI. Lepas dia isi borang kebenaran nikah. dia perlu dapatkan pengesahan mastautin dari Ketua Kampung/Penghulu/Imam masjid kat tempat tinggal dia. Then dia kena hantar borang tu kat JAWI bersama-sama dengan dokumen berikut:
  1. Sijil Kursus Kahwin
  2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
  3. Salinan IC pemohon dan pasangan
  4. Borang mastautin
  5. Keputusan Test HIV
KL tak perlu bawa saksi borang, sama macam N. Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang dan Sarawak. Selain dari negeri² tersebut, kena bawak 2 orang saksi masa hantar borang. Make sure bawak sekali salinan IC saksi² tersebut.

Masa hantar borang, kena bayar RM5. Lepas tu lebih kurang sejam, JAWI bagi Surat Kebenaran Nikah untuk diserahkan kepada pihak perempuan.

Perempuan
Aku asal Sabak Bernam dan nak nikah kat Sabak Bernam. So, aku ambil borang JAIS. Ambil kat Pejabat Agama pun boleh, nak download dari website JAIS pun boleh. Aku download je.

Kat Selangor ada 2 borang yang kena isi, borang 2C dan 2D. Dah siap isi borang, aku kena hantar borang² tu ke rumah Imam Jurunikah qariah kampung aku. Kalau nak tau sapa Imam Jurunikah, kena la call Pejabat Agama Daerah. Sebab lain qariah, lain Imam Jurunikahnya. Aku bawak sekali segala dokumen yang perlu:
  1. Sijil Kursus Kahwin
  2. Surat Akuan Bujang (dari Pesuruhjaya Sumpah @ majikan @ Ketua Kampung yang beragama Islam)
  3. Salinan IC pemohon dan wali
  4. Surat Kebenaran Nikah Lelaki
  5. Keputusan Test HIV
  6. Salinan IC 2 orang saksi (Selangor perlu bawak saksi)
  7. Sijil Nikah IbuBapa - actually aku tak payah bawak sebab aku anak ke-4. Yang wajib bawak sijil nikah cuma untuk anak sulung je. Tapi kalau kat KL(JAWI), semua pemohon perempuan tak kira anak ke berapa memang wajib.

Aku, wali (bapak aku) dan 2 orang saksi kena sign borang depan Imam Jurunikah. Oleh sebab bapak aku nak Imam tu yang nikahkan, so bapak aku berwakalah (buat penyerahan) terus.

Dah dapat pengesahan dan kebenaran dari Imam, aku kena hantar borang yang dah di cop tu ke pejabat agama daerah. Kat sana aku kena bayar RM5 untuk proses. Then tunggu dalam sejam, dapatla surat kebenaran nikah untuk diserahkan kepada Imam Jurunikah. Settle!

  • Surat Kebenaran Kahwin valid selama: KL - 3 bulan, Selangor - 3 bulan, N. Sembilan - 3 bulan, Kelantan - 3 bulan, Melaka - 3 bulan, Pahang - 1 bulan, Johor - 3 bulan, P.Pinang - 3 bulan, Perak - 3 bulan, Terengganu - 3 bulan, Perlis - 3 bulan, Kedah - 1 bulan, Sabah - 1 bulan, Sarawak - 1 bulan, Brunei - 1 bulan.
    (Contoh: Kalau tarikh akad nikah 01/12/2009, orang KL boleh mula hantar borang kebenaran nikah mulai 01/09/2009. Tapi kalau orang Kedah, dia hanya boleh mula hantar borang pada 01/11/2009. Tak boleh hantar awal dari tempoh yang ditetapkan. Incase kalau postpone tarikh nikah pun, kalau lebih dari tempoh yang ditetapkan, pemohon kena isi borang semula.)

4. Tunggu masa untuk akad nikah. :)
Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin.





 

©2009 Gaun Putih | by TNB